- Kesibukan keje di opis
- Kesihatan yang tidak mengizinkan. batuk yang membawa kepada demam dan selsema.
- Sebab2 lain yang seangkatan dengannya yang susah aku nak jelaskan..biarlah, ~Rahsia Hati Tiada Siapa Yang Tahu~.....ahaks!
Kali ni, aku nak bercerita tentang Dia....dia yang aku kenali suatu masa dulu......Sedikit sebanyak mengenai dia yang dapat aku kongsikan disini
- Org nya simple, biasa2 jer
- Bagiku, dia ni xla hensem...manis tu ada la sket...ahaks!
- Berdasarkan pemerhatian aku, dia ni sangat kurang bercakap melainkan perkara yang penting sahaja.mcm sama jer...(sama kerrr??)
- Kdg2 aku tgk muka dia ni, garang pun ada
- Kelaka jugak rupanya
- Bertanggungjawab dan rajin
rasanya tu jelah yang dapat aku describe kan pasal dia...banyak2 kang, susah plak...
Dia boleh aku sifatkan sebagai seorang yang pelik....seolah banyak rahsia yang disimpannya......
Pagi ini, aku dtg ke opis mcm biasa......dengan langkah yang lemah, ak menuju ke tempat dudukku....tiada apa yang menarik di.......
(draft pada : tak ingat tarikh exact tapi lebih kurang sekitar tahun 2010 atau 2011)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,,,
Lama sudah tak mencoretkan apa dalam blog ni... sampai ada yang bertanya "Awk memang da tak bukak blog lagi ke,,,,"
Bukan tak nak bukak...sebenarnya kalau ikutkan banyak yang nak diceritakan sebab banyak sungguh perkara yang berlaku,,,,,
Pagi ni bukak balik....rupanya banyak draft yang masih belum publish atau aku memamg taknak publish atau mungkin aku belum siap taip kot.... hahahaha
So, ni salah satu Draft yang menarik perhatian aku,,,,bercerita tentang dia.... dia yang pernah mengusik hati aku suatu masa dlu.... terlalu tinggi angan-anganku tentang dia...
Aku tak tahu kenapa, tapi lately ni aku selalu teringatkan dia.... hati aku seolah memberontak tentang dia,...banyak sangat kenangan tentang dia yang terpahat dalam fikiran aku....aku pun da lama tak nampak dia,.,,,(kira mcm rindu jugak la...)... ahhhh...gediks tau!... hahaha... peduli apa...aku je tau ape yang aku rasa...mungkin lagu Aku suka Dia dendangan Ainan Tasneem dapat menggambarkan perasaan hati terhadap dia....meh kita layan jap...
Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
(takdelah sampai tahap bermain mata pon....even kadang tu, kalau selisih pon tunduk muka.... i is malu u ollz....hahahaha gediks tau!!!)
Bila dia
Mendekati diri ku
Hati ku rasa sesuatu
Bila dia
Senyum pada diri ku
Hati ku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diri ku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia
Mendekati diri ku
Hati ku rasa sesuatu
Bila dia
Senyum pada diri ku
Hati ku rasa tak menentu
Mungkinkah aku kan bersua dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkin kah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota dari mu
Yang tertulis
'Aku suka kamu'
(part ni belum terjadi.... deep down in my heart, aku berharap ini yang akan terjadi)
Bila dia
Mendekati diri ku
Hati ku rasa sesuatu
Bila dia
Senyum pada diri ku
Hati ku rasa tak menentu
Akhirnya kini
Ku kan mampu ceria
Diri ku sangat gembira
Akhirnya kini
Aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
(dan aku masih berharap ini akan terjadi,,akan berhasilkah penantian ku....~Wallahualam~
Aku suka dia
Ok...berbalik ke cerita tentang dia....puas aku cuba tanya hati aku sendiri...betul ke dia....tapi dalam pada masa yang sama jawapan hati aku tetap mengatakan yang dalam hati aku ada nama dia...pernah sampai satu tahap tu, aku tengah drive...mulut ni ringan je nyanyi lagu "Siapa Yang Rampas Cintamu"....tak semena2, aku teringat kat dia,,,,,berjujuran air mata aku..... serius beb! aku tak tipu!! aku pon xtau mcm mane aku boleh termenangis sampai macam tu sekali....Lillahitaala aku tak tipu! aku teringat sangat kat dia,,,,kenangan semasa bekerja di bawah 1 pentadbiran dengan dia....
Aku ada juga minta pandangan teman rapat dan juga sepupu aku tentang hal aku ni....rata2 dorg bagi pendapat yang aku kena try berkawan dulu dengan dia....jangan terus nak berharap akan sesuatu yang serius sebab takut aku frust...tgk perwatakan dia mcm mne....kenali hati budi dia macam mana....kalau rasa sesuai, bolehla teruskan....namun demikian, jauh kat sudut hati, sudikah dia nak terima cinta aku.....adakah dia dah berpunya atau masih single.,,,,dua persoalan ini lah yang selalu membantutkan usaha aku untuk mendekati dia....tambahan pulak sekarang ni aku dah tak pernah nampak dia...bertambah susah aku nak dekati dia...mesti korang kata aku ni "Perigi Cari Timba" kan...katalah apa kau suka,,,,aku cuma berjujur(hahaha...bahasa apakah ini) terhadap perasaan aku sendiri....
Rasanya cukuplah setakat ini dulu cerita tentang dia yang dapat aku kongsikan...nanti senang2 aku cerita2 lagi,,,,,dan kalau aku ada kekuatan, aku akan kongsikan siapa "DIA" yang telah mengusik pintu hati aku ni...gambar dia ada dalam simpanan aku, cuma segan la nk share....nanti2 la ye aku share...cuma ape yang boleh aku bgtau, nama dia bermula dengan huruf "A" dan aku menggelarkan dia dengan gelaran "Mr.A".....
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati aku yang tak mungkin dapat aku luahkan secara in person...MALU....so post kat sini pon ok la kan....
Semoga lepas ni akan ada entry2 lain yang dapat aku kongsikan (kalau rajin...hahahahah)
Wassalam
"Perasaanku untukmu, Mr. A"
p/s : aku nak tanya ni, adekah aku ni boleh dikategorikan sebagai syok sendiri atau memang aku tengah dilanda angau ingin bercinta....??? hmmmmmm....
WithLove
"KakakComel" hahahaha...ada org cakap dan panggil aku dengan nama Comei,,,,masalahnya, comei ke....
ok, dah dulu yer....
Bye..!!!