Thursday, December 16, 2010

Kongsi Ilmu

Hai semua....bertemu kembali di entry yang baru...sbenarnya, aku tak tau ape yg aku nak tulis...belek punya belek aku terbaca 1 artikel yg aku rasa agak menarik gak r....meh kita share same2 10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA.....


 

1. LELAKI YANG PRIHATIN -Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..


 

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
-Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


 

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


 

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!


 

5. LELAKI YANG WANGI -Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


 

6. LELAKI YANG PEMURAH -Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


 

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


 

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!


 

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..


 

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

Friday, November 19, 2010

Yang Terindah

"....Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah...."

Thursday, November 4, 2010

Bisik Hati Ini

…..Tatkala aku hampir bisa melupakan semuanya, aku kembali di hambat resah…..tatkala itulah ada insan yang menghulurkan tangan ingin membantu ku untuk sampai ke sana....tidak tahu harus bagaimana…menolak pastinya akan terus lemas disitu….menyambutnya aku takut…!takut akan jurang yang menantiku di depan sana….Aku kembali merenung sepi langit mendung yang seolah mengerti apa yang bergelora di hatiku….bagaimana harus ku khabarkan semua itu….entah kapan akan ku jejakkan kaki ku kesana…entah kan tidak ia menjadi kenyataan…sesungguhnya kita tidak pernah tau apa yang akan kita jalani di masa hadapan….apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba apa yang termampu dan terbaik bagi menghadapi hari-hari yang bakal mendatang…..semoga kita mampu menepuhi semuanya….amin….

Wednesday, October 27, 2010

Semua Baru


Hai semua….setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali dengan banyak cerita yang aku tak tau dari mana aku nak mulakan…


1) Tempat Baru


-buat pengetahuan semua, awal bulan Ogos yang lepas, aku mendapat tawaran kontrek…yela, sebelum ni keje sambilan jer….alhamdulillah, lpas stahun, aku dapat jawatan kontrak kat Pejabat Penasihat Undang…huh, lari sungguh dengan bidang yang aku belajar kat UiTM dulu….mane taknya…dulu blaja kos Kulinari…tp aku bersyukur aku ada pekerjaan…rmi lgi graduan yang blum dpt pkerjaan kat luar sana tuh…lumrah kehidupan, kita tak dapat nak jangka apa yang bakal terjadi dalam hidup kita selagi kita tak menempuhinya…banyak benda baru yang aku blaja kat sini….skop dan rentak keje pon berbeza dgn tmpt lama dulu..smoga dapat aku tempuhi semua ni…


2) Kawan Baru


-maka, apabila telah menjejakkan kaki ke tempat baru, kwn2 aku pun baru lah….aku sangat bersyukur kerana dikurniakan 2 org sahabat yang bagi aku begitu baik…aku tak taula bg dorg aku ni baik ke tak…tapi bg aku dorg memg baik….aku sygkan persahabatan kami dan berharap akan berkekalan….buat Zura n Kak An, aku sayang korg berdua… aku tetap rindu dan ingat kat kwn2 aku kat tempat lama dulu….Rindu bangat sama kalian semua…..terlalu byk sgt suka duka yg aku dah lalui dgn dorg sume dan bagi aku tulah kenangan terindah dan berharga yang aku ada…ingin aku tegaskan disini bahawa SESUNGGUHNYA, PSM SENTIASA BERTAKHTA DI HATIKU…owh, gugur sudah air mataku!!!


3) Status Baru


-Ops!!mcm kontroversi je kan tajuk ni…jgn salah paham kay…..bukan aku yang berstatus baru…status baru ni merujuk kpd kazen aku, Fara yang selamat menjadi tunang org pada 10.10.10 yang lalu….aku nak ucapkan tahniah dan semoga bekekalan sampai kat jinjang pelamin…hm….x syiok sket ble sedara mara da stat tny, turn aku bile plak….haiyo, belum sampai seru la…heheh…2 je yg aku bleh jwb…ok, berbalik ke topic asal kita, wat pengetahuan korg, Fara ni boleh la jugak aku kategorikan sebagai pendengar aku yang setia….dia byk mendengar luahan dan keluhan aku… Fara, thanx eh ats kesudian ko selama ni…. Fara, ko tau x, kita begitu rindukan kenangan itu…ko paham apa maksud kita Fara …setiap kali kita balik lewat, lalu kat tmpt tu, kita teringat kenangan kita dan kwn2 yg lain tu….kdg2 sayu jer bila tgk tmpt tuh….sedih kot! Fara, tak tau la lpas ni bleh ulang balik tak…aduh, sedihnya….. Fara, kita tau ko msti rasa apa yang kita rasa, kan…huhuhu(mood nak sedih jer aku ni kan)…..




Setakat ni aku rasa cukup la dulu….kang takot banjir lak opis aku ni lau aku terus tulis….nti lau ada kelapangan aku akan tulis lagi…trima kasih kerana sudi meluangkan masa kat blog aku nih… jumpa lagi




"2 slices of toasted bread for some refreshment….aha, I like!or maybe, a slice of cake.....I don't think so…."

Thursday, July 22, 2010

Aku Tak Tahu...

Aku tak tahu kenapa, aku tak benci kat dia...aku pun tak pulak sayang kat dia....tapi kenapa dia....

Aku tak tahu kenapa...tapi aku dapat rasakan ada suatu perasaan lain yang hadir dlm ati aku ni walaupun da lame aku buang perasaan tu jauh2......kenapa mesti aku rasa mcm tu....

Aku tak tahu kenapa.....semakin aku nak melupakan dia, semakin aku ingat kat dia...kenapa mesti mcm ni......tp kenapa plak aku nak kene lupakan dia ekk??kompius!!!

Aku tak tahu kenapa, dia org pertama yg aku ingat tatkala aku terjaga dari tidur...aku juga tak tahu kenapa, dia orang yang muncul dalam lenaku.....kenapa aku mimpikan dia....kenapa mesti dia?

Aku tak tahu kenapa, kadangkala sifat dan sikapnya agak menjengkelkan, dan aku tak tau kenapa kadangkala aku rasakan sifat dan sikapnya begitu menyenangkan aku...

Aku tak tahu kenapa...aku tak tau nak tafsirkan ape yang aku rasa, aku tak tau nak cte cner...Aku tak tahu!!!!kenapa aku kene lalui semua ni....kenapa mesti mcm ni...sungguh, Aku Tak Tahu!!!


.: Kau Yang Tak Mengerti :.

Wednesday, July 21, 2010

Setia

deras hujan yang turun
mengingatkanku pada dirimu
aku masih disini untuk setia
selang waktu berganti
aku tak tahu engkau dimana
tapi aku mencuba untuk setia
sesaat malam datang
menjemput kesendirianku
dan bila pagi datang
kutahu kau tak disampingku
aku masih disini untuk setia

Tuesday, July 13, 2010

Selamat Pagi

Selamat pagi semua.....hope hari ini bakal membawa 1001 keceriaan dalam idup anda semua...InsyaAllah....
time utk start keje....mcm biasa, masih lagi mengadap file2 yang bertimbun kat atas meja....sume nya takkan berakhir....selagi mata belum terpejam, koje....koje....koje.....
Selamat menjalankan tanggungjawab....(*v*)

Monday, July 12, 2010

Hampeh!!!!

Geram betol aku dgn line intenet malam ni.....
  • mcm hampeh je line mlm ni...nak uoplad pict kan facebook n update blog pun susah benor..hati panas jer....
  • line kat opis lak dah block web utk blogger...tak dapat aku nak update blog dr opis....Grrrrrr....geramnya....!!!tpaksa la aku jote down, if ada pape nak tulis....balik kat umah baru update....tu pon lau BEROKband ni tak meng hampeh kan la....SABAR nurul....SABAR.....huhu
  • Bosan aku nak tunggu...kalau ini macam terok dia punya line, ada lebih baik aku masuk tidur daa....nte semua....jumpa lagi....ZZZzzzzzzzzzzZZZZZZ.....\\(*_*)//

Durian Oh Durian (8 Julai 2010)

Kali ni aku nak bercerita mengenai....DURIAN...DURIAN....dan DURIAN.......hehe....obvious betol aku dgn durian nih...aku memg memg minat gile dgn durian ni...hantu durian la katekan....senang kata, sume produk yang berasaskan durian aku layan...dek teringin sangat ak bagi Abah aku RM50...wow!!banyak nye...banyak ker.....heheh..petang tuh, balik je keje, bau Raja Buah tu da menusuk2 kat idung aku..kembang kempis idung aku...gumbira kemain lagi....Mak aku senyum jer melihatkan karenah aku...nyummy...xsabar rasanya nak melantak durian ni....lpas je maghrib, ape lagi...serbu la.memg puas hati betul....terbaek woo!!!hohoho...syukur alhamdulillah....hope pasni akan aku dapat nikmat mcm ni ni lg.....
Last but not least, (ayat slh sorg lecturer aku kat uitm dulu), kpd yg x suke durian, rugi anda x try mkn...buat yang hantu durian mcm aku, teruskan menghayati kenikmatan Raja Buah itu....

~sayonara~

Thursday, July 8, 2010

Bicara Hati

"Tiada apa yang dapat diertikan pada sebuah cinta
Pohon cinta akan sentiasa membesar, akan sentiasa bertukar ganti daun
Suburnya pohon cinta kita adalah tanggung jawab kita berdua
Kita siram ia dengan air mata rindu dan kasih,
kita belai ia dengan kemesraan dan saling memahami,
kita saling berteduh dan mengharap agar
pohon cinta yang kita semai bersama
akan tumbuh dan segar mewangi buat selamanya"

Monday, July 5, 2010

Rusa oh Rusa

Hari ni, aku terpaksa meng "mc" kan diri ku kerana masalah yang tak dapat aku nak elakkan...ceri beri!argghhhh!!!benci betol aku!ntah ape yang kau salah makan sampai begini jadinya....tension betol..habis teburai puasa aku...mana larat....
Sedikit sebanyak peluang ni dapat aku gunakan utk berehat(x ckup kot cuti sabtu ahad..hehehe...) aku menghabiskan masaku di rumah...melayani karenah anak2 jagaan ibuku....paling seronok melayani karenah anak saudaraku Anis Zulaikha yang berusia 3 tahun....dari seorang peniaga gerai makanan, bertukar watak kepada seorang ibu...aku layankan saja...aku hepi melihat Anis hepi...terkadang, Anis berbisik sesuatu kepadaku "Acik Ain, ibu Anis datang lambat"...hehehe...."sabarla Anis, ibu blom hbs keje tu, yee.....ujarku bagi memujuk perawan cilik itu
Aku membantu ibu ku memasak di dapur....bagiku, masakan beiau merupakan airtangan yang terbaik...aku harap dapat mewarisi bakat memasak beliau..ha, jangan tak tahu, aku da dapat memasak beberapa masakan hasil tunjuk ajar beliau...antaranya masak asam pedas, kari, masak lemak cili api...dan beberapa masakan yang lain yang kadang2 hasil rekaan kami sendiri..hehehe...ok, berbalik pada cite asal kita, salah satu menu pada hari ini adalah daging..bukan sebarang daging tau...tapi daging rusa...wah agak excited aku pada mulanya...tak penah makan, kan...daging rusa ni, jiran aku yang bagi..katanya dapat dari kakak beliau...trimas to beliau....
Nah, tanpa membuang masa, ni lah hasil nya.....mak aku telah mencampurkan tomato, su'un dan juga kacang ular...pelik kan nama kacang tu...aku pun tak tau ada nama kacang mcm tu...yang pasti, bentuknya sedikit beza dgn kacang panjang yang biasa tu, tapi rasanya lebih enak...ekceli, aku tak berapa suka kacang panjang, tapi kacang ular ni, bleh masuk plak...hehehe...ha, test time...aku menyicip sedikit...ku mencari kelainan rasa daging rusa ni....dagingnya sama mcm daging lembu, tapi rusa lebih enak...dari segi rasa, daging lembu ada sedikit bau yang lemak, tapi rusa x...x dapat aku nak describe...aku rasa, u guyz patot cuba makan daging rusa...sedap beb!!!
Rasanya ckup dlu kot stakat ni....nti ada pape yg menarik aku akan update lg....jumpa lagi di coretan yang akan datang.....

~Puas cuba ku nafikan, namun hati kecilku tetap berdetik yang aku sedang merindui "Kau Yang Tak Mengerti~.......hm, knp harus aku rasa mcm tuh...???ntahla, .:Rahsia Hati Tiada Siapa Yang Tahu :.

Monday, June 28, 2010

Buat Kau Yang Tak Mengerti Hatiku

Bertemu kembali di lembaran yang baru. setelah sekian lama tidak meng update blog ni. rasa mcm tlalu byk yg nak dctekan cume aku tak tau dr mana aku nak start...mcm2 idea yg dtg kat pale aku utk djadikan entri dlm blog ni....

...."aku memandang dia dgn pandngan yg kosong..tiada apa yang dapat ku cari menerusi matanya...yang ada hanyala pandangan yang seakan tak mengerti atau buat2 tak mengerti...aku melepaskan sedikit keluhan pendek...aku mulai hanyut dgn khayalan ku sendiri...mengenangkan dirinya, semua yg berlaku tentang dia....ntah mengapa dgn tak semena2, air mataku begitu deras mengalir..bagai tidak dapat di halang lagi...seperti empangan Kenyir yang pecah lantas membanjiri seluruh Terengganu...Seakan tidak dapat di tahan lagi....ofismate yang lalu lalang di tempatku seakan mematikan linangan air mata.ku cepat2 ku seka air mata ku yang bersisa di kelopak mata...bimbang sekiranya ada yang ternampak...malu jugak sekiranya ada yang melihat aku dalam keadaan begini...nafas ku tarik sedalamnya...satu keluhan panjang ku lepaskan..ingin ku buang jauh2 kesedihan yang telah mengganggu perasaan aku tuh.ku tidak mau meladeni perasaan itu..aku juga tidak mahu perasaan itu mengganggu kosentrasi kerja ku....ingin ku buang jauh2 dirinya dari terus bermain di ruangan mataku....bayangan nya pun aku tidak mahu!!!biar dia terus luput dari ingatanku...tp, boleh kerrrrrr????hmmm...ntahla....getus hatiku

Aku seakan tidak mengerti...mengapa begitu keras hatinya dan bagaimana dapat aku lembotkan sekeping hati yang suci itu....aku bermonolog dgn diriku sendiri...Aku seakan tersentak!aku bristighfar sendiri, aku tidak mahu melayani hatiku dengan perkara yang tidak2...Ya Allah, ampunkan hamba mu ini Ya Allah...

Aku buntu, aku keliru...apa lagi yg harus ku lakukan..??dugaan apa yg menantikan aku di hadapan sana?Wallahualam...sesungguhnya aku tak tahu...aku tak boleh mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk berlaku....aku harus kembali sedar dan kembali berpijak di bumi yang nyata

"lupakanlah dia, nurul...banyak lagi insan yg lebih baik drpd dia..." nasihat seorang rakan yg bnyk berkongsi masalah aku...mereka menjadi tempat aku meluahkan segalanya...mereka la juga yang menjadi pendengarku yang setia....buat mF n fH. terima kasih kepada kalian yang selama ini da byk mendengar luahan ku..terima kasih atas nasihat kalian, serta keprihatinan kalian terhadap permasalahan ku ini..

Tembok kesedihan ku pecah buat kesekian kalinya.aku tak pasti mengapa sejak akhir2 ni airmata ku begitu mudah bergenang di kelopak mataku...perasaan ku begitu cepat terusik, lebih2 lagi pabila memandang wajahnya....Kenapa aku harus berperasaan sedemikian???ntah, aku pun tiada jwpn yg pasti.walhal, dia bukan lah sesiapa di hatiku...malahan aku juga bukanlah sesiapa di hatinya.aku ibarat seekor anak ikan bilis di lautan yang luas terbentang....knp msti aku berperasaan begitu?TIDAK!!!aku tidak boleh terus hanyut di buai perasaan itu.....

Deringan telefon di mejaku mematikan lamunan ku..ntah mengapa hari ini begitu banyak call-in....ake meladeni setiap karenah pemanggil yang pelbagai dgn pnuh sabar....sedang, tak siapa tau apa sebenarnya yang terbuku di hati kecilku ini.biarlah, biarlah rahsia hati ini hanya aku yang tau...

"jika itu tiada apalah ertinya, penantian ini hanya sia2"

bait2 lagu yang berkumandang di komputer mejaku seolah memberi kesan di sanubariku...sia2 kah penantian ku ini?akan adakah sinar bahagia yang dibawakan oleh nya untukku???haruskah aku terus menanti dan terus menanti???

Buat kau yang tak mengerti hatiku, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu.....semoga akan kau kecapi nikmat kebahagiaan di dalam hidupmu...tiada lagi senyum manis buatku seperti yg pernah kau lemparkan suatu masa dulu di awal pagi yang ku rasakan begitu mendalam kesannya...tiada lagi senyum yang terukir tatkala kita bertentang mata secara tidak sengaja....aku tidak lagi mampu tersenyum buatmu kerana aku yakin, apalah ertinya semua itu..ia langsung tidak membawa makna dalam hidupmu..ketahuilah wahai kau yang tak mengerti, aku merindui sekuntum senyuman darimu seperti yang pernah kau lemparkan dahulu...dapatkah aku???Sesungguhnya ~Rahsia Hati Tak Siapa Tahu~

Bla...Bla....Blaaaa......

That Lady: Jgn hidup dlam kepura2an...ku tahu siapa sebenarnya dirimu
Insan Itew: Shut up!!!watch your mouth n mind your own biznes
Opismate: Selagi mata belum tertutup, koje, koje, koje.....
Kawan2 jauh dan dekat: Hai semua...moga hepi2 selalu...semoga hari2 kita disinari dgn sinar kebahagiaan
Kau yang tak mengerti: Keperihatinan mu amat ku hargai...namun ketidak perihatinan mu terhadap perasaanku sikit aku kesali
En AEON: Selamat datang dan selamat berkenalan.
En Milo: Semoga anda bahagia menjalani menjalani hidup anda...anda sentiasa berada di dalam ingatan...abadi "MILTEH" selamanya...miss u Mr Milo
Pembaca dan followers: Thanx kerana sudi meluangkan masa nyinggah di blog aku ni

~Akan ketemu di catatan yang akan datang~

Friday, June 18, 2010

Rindu Seorang Teman



Kau
Cemari Persahabatan ini
Dengan seribu tanda tanya
Kerana kau bukanlah seperti milikku yang dulu

Kau
Cemari Persahabatan ini
Dengan secebis rasa cinta
Kerana kau
Bukanlah seorang pencinta yang setia

Kau
Cemari Persahabatan in
Dengan keegoan yang membelenggu diri
Kerana kau
(.......tiada idea......)

Kau
Cemari Persahabatan in
Dengan setitik rasa benci
Kerana kau selalu mengharapkan yang terbaik
Sedangkan kau gagal memberikannya

Telah kau cemari persahabatan ini
Disebalik kesempurnaan wajahmu itu
Terselit seribu satu rahsia
Yang tidak melayakkan dirimu
Untuk bergelar sahabat sejati

Terlalu mudahnya diri mu
Mendustai sebuah janji
Yang telah kita lafazkan bersama
Namun, Ku sedar
Walau sehebat mana perjanjian kita
Takdir Tuhan tidak akan dapat menandingi
Kehebatan janji yang telah kita lafazkan bersama dulu

Kini barulah ku sedari
Pokok persahabatan yang kita semai selama ini
Dengan kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang
Tidak mampu lagi meneruskan hayatnya
Lantaran ribut petir, panas mentari
Yang selalu melanda

Kini,
Pepohonan itu hanya tinggal sejarah
Dan menjadi sebutan dan kenangan
Yang tak mungkin akan dilupakan buat selamanya

Tiada lagi kata indah
Tiada lagi madah mesra buatmu
Kerana kau
Bukan lagi milikku seperti yang dulu


~Terima kasih teman, kerana pernah mengizinkan diri ini singgah dan berteduh di segenap ruangan hati mu dan merasai nikmat kasih sayang seseorang yang bergelar "SAHABAT"~


**********************************************************

Cerita Antara Teh Dan Milo

Kali ini aku ingin bercerita mengenai Teh dan Milo...tentu korg sume terbayang teh tarik yang sedap diminum di kedai mamak sambil menyaksikan world cup, atau pun milo ais yang enak diminum sewaktu tekak begitu dahaga.....Salah!bukan itu yang aku nak ceritakan.....aku nak bercerita mengenai perkenalan secara tidak sengaja dua insan menerusi laman maya


Pada malam itu, tatkala aku melayari laman sembang di internet, aku telah di sapa



BUZZ!!
Dia: hai, care to chat?
Aku: hai,sure can.

Asal mane ni?

Dia:
kedah but keje d selangor..
eh, u ni dari mane eh?
keje kat mane?

Aku: i ujung selangor
keje saman menyaman org...heheheh...

Dia: owh, keje polis traffic eh

Aku: hahah, mukanla...

Banyak yang kami sembangkan...dari hal kerjaya, keluarga dan life masing2...sampai kepada topik cinta...ai, baru pertama kali borak da nak cakap pasal cinta....malas betol aku nak bercakap mengenai cinta lebih2 lagi dgn org yang aku tak kenal sape dia, mana asal usulnya...aku sekadar berbasi basa sahaja. aku cuba mengubah topik agar tidak terus bercerita mengenai cinta lagi...tetapi dia dgn semangatnya bercerita mengenai masalahnya kepada aku....aduh, da start plak....demi nak menjaga hatinya, aku pun dengarkan la cerita dia....

Dia:
u tk rs bila lihat wajah seorg ibu...yg dh syg pd seseorg yg dia tk kenal...dan dia tk tahu pun yg org tuh letak harga utk salam tgn dia.....mmg ms tuh xleh control macho dah
Aku:then pe jd dgn that girl skarang?
Dia:i tak tahu...coz dia dah tak bg byg i muncul dlm idup dia lg....i ikut jew...coz i sedar sapa i......hurmmmm....i patut nyer tk muncul dlm idup dia dlu sebenarnya...salah i

Aku: bukan mcm tuh.......sbnrnya tu pluang Allah bg kat u......utk u knl plbgi ragam manusia.....so in da future myb leh jd pnduan kat u.....utk u handle ragam2 manusia sama mcm u pnh jmp sblum ni....xsama tp mgkn ada

Dia : ermm....mayb u betul....tp melibatkan air mata seorg ibu........i rs amat bersalah pada mak i sebenarnya

Aku: : bsyukur.....tu sbnr nya part of ur learning process.....bnda mcm ni kt xleh nak duga....manusia bleh b'ubah u

Dia: i rs pun mcm tuh...

Aku: even skejap je pun.....so u takleh trus jatuh dr kegagalan itu......u kne bangkit....ceriakan dan senangkan sema org yg syg u yg ad sekeliling u

Dia:tq for ur nasihat td...such a wonderfull advise

Aku menyelitkan sedikit unsur humor agar perbualan kami tidak terasa begitu hambar dan dia tidak merasa begitu terbeban dengan masalahnya..hope humor ku dapat la sedikit sebanyak mengurang kan kekusutan dia....untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak, aku xdapat nak detailkan apa masalah dia ni.....maaf ya....tapi yang pasti, aku sekadar memberi pendapat namun terpulang pada dia sama ada menerimanya atau tidak.....BERTABAH ye wahai En. Milo

Dia: u ni kelakar la

Aku: semoga u bgon sok pg dgn 1 snyuman yg bru k..........kelaka ker?......xpon.....heheh
Dia: a'ah, suke gelak

Aku: btw, nice 2 chat wif u

Dia: oklah u....u too
Aku: adus........... u spoil my mud utk tdo la..........dush!dush!dush!hamek kao, rasekan penangan ku inih
Dia: jg maah..........gurau..... hahahahah..........smpi nya hatimuuu
Aku: hati siapa yang mampu.....hahahah....u da la.....makin lame makin merepek i ni
Dia: hehehhe
Aku: e'eh, dpt bunga la.....sajak nye....hahaha
Aku: mana ada bunga **** ayam wane merah en ......... oiiiii
Dia: tuh bunga...taik ayam warna baru
Dia: baru tanam td
Aku: mejik
Dia: aah...mejik.....tuh ah...u kena blaja kt i ni......siram pakai air MILO jew

Aku: owh i thought u siram guna air teh.....nti bila hr2 u siram dgn air TEH, bunga tu akan cakap....BOH, ADA UMMPHhhhhh..........hahaha...... merepek org da ngantok


Dia: tk air MILO dia ok skit....then bunga tu bersuara n ckp...."u nih baik la"...
Aku: hehee.....tipu lagi

Dia: eh, betul ni....x tipu la

Dia:syoh....syoh....p tido
Aku
: smpi hati kao menghalao haku...huuhu.....

Dia: gurau jew u

Aku: nte u
Aku: tcre
Dia: nite

*****************************************

Kepada en Milo, saya harap anda tabah menjalani liku liku kehidupan yang penuh dengan cabaran. anda harus merasa bertuah kerana anda masih dikelilingi oleh orang2 yang amat menyayangi diri anda. ingatlah, walau sehebat mana dugaan yang kita hadapi, tentu ada hikmah yang tersirat di sebalik apa yang berlaku. sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang ada di sepanjang perjalanan idup kita...Allah mengambil dia daripada hidup untuk digantikan dengan seseorang yang lebih baik lagi....Buat en Milo, usahlah anda bersedih dan terus meratapi kehilangan dia....sesungguhnya, masih ramai perempuan di luar sana dan anda berhak untuk mencari kebahagiaan anda sendiri...memang betul cinta itu buta, tapi jangan sampai cinta itu membutakan mata hati anda wahai en Milo

Sebagai seorang teman, saya sentiasa mendoakan semua yang terbaik untuk anda.doa seorang sahabat sentiasa mengiringi sahabat nya...semoga anda mendapat kebahagiaan yang selayaknya anda miliki....walau apa jua keadaan, saya sentiasa berada di sisi anda tak kira susah ataupun senang.....sekiranya anda mempunyai masalah, jangan segan untuk menghubungi saya...walaupun tidak dapat menolong, tapi at least anda boleh berkongsi agar dapat meringankan beban anda.....~MILTEH~

Monday, June 7, 2010

K.A.M.I

  • Fadzli
  • Macha
  • Fara
  • Nurul
Hari sabtu yang lepas, "K.A.M.I" telah menyerbu JJ Bukit Raja..Plan asal nak tgk wayang kol 3...beriye janji sebelum kol 3 nak kene ada da kat sana.....alih2 alih, aku org yang pertama sampai kat sana....tak lama lepas tu, datang la cik Fara dengan penuh lenggang lengguk nya berbaju ungu....sementara menunggu yang lain datang, aku dan Fara sempatla berposing sebarang dua...hehehe...
Sempat la jugak kami memerhatikan gelagat riang k
anak kanak yang dibawa ibu bapa mereka untuk berhibur pada petang itu....hatiku mula berdetik....alangkah seronoknya menjadi kanak kanak....tiada ape yang perlu difikirkan sangat...mereka menjalani hidup mereka dengan begitu gembira...dan baru aku tersedar, kita juga boleh menjalani jalan hidup dengan gembira cuma mungkin caranya agak berbeza...bila kita melangkah ke alam remaja, kegembiraan yang kita lalui boleh di definasikan melalui pelbagai cara...hanya kita yang tahu kegembiraan seperti apakah yang cuba kita corakkan..
Berbalik kepada topik asal kita, setelah leka melayan perasaan, mereka yang dinantikan pun tiba....aku sangkakan tiket telah dibeli, namun telahan ku sama sekali meleset...tiket blom dibeli daa....jam menunjukkan pukul 3.15 minit petang...hanya 15 minit saje lagi wayang akan bermula...adoiyai...tambah mendukacitakan, tiket untuk tayangan pukul 3.30 telah pun penuh...yang ada pun barisan depan sekali...aduh, bleh teleng kepala dibuatnya...setelah kata sepakat dicapai, kami pun membeli tiket untuk tayangan pada pukul 4.35 petang....ha???ada sejam lagi....ape nak buat ni...
"Jualan Gudang"....mata kami seolah tertumpu pada dua perkataan majis itu(majis sebab mampu menelan duit kita dalam sekelip mata)...tanpa menghirau kan mereka aku menarik Fara untuk meninjau jualan gudang yang berada di tingkat atas...ku rasakan tiada apa yang mampu memikat selera aku untuk berbelanja...memandang setiap barang dengan perasaan yang kosong....atau ada sesuatu yang bermain di fikiran aku pada waktu itu...ntah, aku pun xtau.
Ternyata, Macha dan Fadzli telah berjumpa sesuatu yang memikat hati mereka untuk berbelanja....Kemeja, seluar, minyak wangi...lelaki...itulah lelaki...mereka ni lau bab shopping, kalah perempuan sbenarnya....knp aku ckp mcm tu??lelaki lau bershopping, asal apa yang berkenan di mata, ambil, bayar...berbeza dgn perempuan, pusing dulu satu supermarket, tinjau sana, tinjau sini...silap2 tak dapat ape yang nak di beli....cerewet ke tu na
manya??tak!bagi aku tu namanya teliti...



Kini tibalah masa yang di nanti2kan...it's show time.....dengan gembiranya, kami pun masukla ke panggung...sebelum tu, sempat jugak aku dgn Fara membeli 2 set popcorn...cukupla kan???skdr nak kudap kudapan jer..bak kata Fara, sharing is caring..hahaha....aku diberitahu sesetengah org beranggapan salah bila kita share...fokus kat sharing suami...heii...tah papela dorg ni kan...x sedar ke kat dunia ni sume kt share tau...even tandas pun kene share tau...eh, tah pape la aku merepek ni....ok, ptg tuh kami tgk cte Prince of Persia..not bad la, even aku ni sbenarnya bukan suka sgt cerita epik ni....tapi layan la jugak...aku rasa peminat cte epik yang belom tgk cte ni, u guyz better cepat2 g tgk kat mane2 pawagam berdekatan u all..banyak pengajaran yang boleh u all dapat dari cte tuh....antaranya, jangan mudah percaya dgn org even yang paling dkt dgn kita....kerana, gunting sentiasa ada dalam lipatan...heheheh....apepun, kami tersenyum puas....thumbs up!!


Habis tgk wayang tu, kami mula berfikir ke mana destinasi kami seterusnya....aku mencadangkan untuk lepak di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam...nasib tak menyebelahi kami, ianya tak dibuka pada waktu malam...Plan b harus di pk kan...akhirnya kami mendapat kata sepakat..kami pergi membasahkan tekak di PakLi Kopitiam, seksyen 7 Shah Alam.Terlalu asyik berborak, terlupa plak nak snap menu2 kitorg ptg tuh...yang pasti, aku minum jus kedondong, fara dgn jus epalnya, Fadzli pula memilih Honey Lemon Juice, dan Macha pula menikmati cendol....perh, masing2 x hengat kan....dahaga betul gamaknya tuh...aku ngan fara pula berkongsi sandwich, manakala Fadzli pula memilih roti bakar...wah, menu diet ke ape ni....Sembang punya sembang, tak sedar angin malam mula menyapa pipi kami...."mana nak g lepas ni"...tibe tibe soalan tu terpacul dari mulut salah seorang dari kami.....i- city!!!!itu jawapan yang terlintas....


"jom"!dengan spontan kami mengatur langkah ke i-city...betapa ramainya orang....baru aku teringat minggu ni da start cuti sekolah....ni masanya parents membawa anak-anak mereka berhibur di malam minggu...sama mcm kami jgk...tapi bezanya, kami membawa diri sendiri, bukan di bawa oleh ibu bapa kami....kami pun bersiar2 la di sekitar i-city...tiada haluan yang sbenar.....sekadar menuruti kemana kaki melangkah....banyak kenangan yang kami rakam kan melalui kamera digital milikku...kami begitu gembira malam itu...sedar tak sedar, jam pun telah menunjukkan pukul 11 malam...kami masih memikirkan untuk pergi berkaraoke....warhhhh...da pnt.....kami membatalkan hasrat untuk pergi karaoke kerana malam da semakin terlarut(ayat seorang mamat cina, bestfren aku time skolah dulu)...yee kek cheng...anda di mana sekarang...sy merindui senyuman manis anda...haa????teeettttttt.....last2 kami pon decide utk pulang ke umah masing2....Fara mengikut aku pulang kerana takot nak drive sorg g Banting...bahaya woo drive sorg2....da lewat malam lak tuh..ondaway nak balik tuh aku pun gatal tangan melayari satu blog yang aku follow secara senyap baru2 ni....blog ni milik seorang kenalanku...ntah mengapa tatkala aku membaca coretan di blog yang suram itu, hati aku bagai tersentuh. bagai ada sesuatu yang menyentap perasaan aku...aduh, knp aku mesti berperasaan sedemikian...lama aku bermonolog dgn diriku sendiri...hinggalah, sapaan mereka seolah mematikan lamunan aku....aku sedar, aku tidak seharusnya mematikan kegembiraan kami hanya dengan perkara sekecil itu....aku kembali ceria bagi menutupi kegundahan aku itu.....perjalanan pulang itu kurasakan terlalu suram...namun ku cuba sejauh mungkin membuang persoalan yang bermain2 di pikiran aku....keindahan lampu2 malam yang mengiringi perjalanan pulangku seakan tidak mampu menghapus gundah di hatiku....ah, usah di pikirkan semua itu...!apa yang penting, aku cukup happy seharian menghabiskan masa bersama teman2 ku, Fara, Macha, dan Fadzli..itu lah kenangan dan kegembiraan yang "k.a.m.i" telah coretkan pada hari itu...Terima kasih semua....kalian memg da best...next time kita lepax lagi yer....

Sekian saja catatan aku untuk kali ini....berjumpa kita di coretan yang akan datang






Thursday, June 3, 2010

Cinta


Tetiba aku rasa macam nak jer aku suarakan segalanya kat "dia"...tapi setiap kali aku ingin berbuat demikian, bagai ada sesuatu menghalang aku...aku kurang pasti apakah itu....lidahku kelu, suaraku bagai tersekat di kerongkong....aku malu!ya, aku malu!!!itulah sebenarnya....lagu Cinta Dalam Hati dendangan Ungu tibe2 menarik perhatian aku.....adakah cinta aku ini juga akan menjadi Cinta Dalam Hati?Ya!!selagi aku tiada kekuatan untuk menyuarakannya.....
Hurm...aku kembali bermonolog sendirian...hurm....
Sememangnya, ~Rahsia Hati Tiada Siapa Yang Tahu~

Wednesday, June 2, 2010

Cobaan...

Cubaan pertama dalam menceburi bidang penulisan....sebenarnya hasrat hati tu memg da lame nak buat blog ni...cuma nya, sebelom ni asik cakap je...xgerak2 pon...haha...so, tnpa membuang masa, hr ni disebalik kesibukan di ofis, aku selitkan la jugak sket masa untuk membina blog aku nih.


Yang sebenarnya memg aku ni suka menulis berkarya sejak zaman sekolah lagi....(budak sastera la katekan)...tapi seiring dgn peredaran masa, dan kesibukan diri(sibuk kerr??) aku kian melupakan hobi aku tuh....so paham2 jela bila da lame tak berkarya, jadi otak pon berkarat la sket...


Rasanya ckup dulu stakat ni kot....langit senja pun da kian menjengah..aku harus segera pulang...moga akan ada kesempatan lagi untuk aku berkarya.....


'pulang...marilah pulang....marilah pulang beramai2.....'