Friday, June 18, 2010

Rindu Seorang Teman



Kau
Cemari Persahabatan ini
Dengan seribu tanda tanya
Kerana kau bukanlah seperti milikku yang dulu

Kau
Cemari Persahabatan ini
Dengan secebis rasa cinta
Kerana kau
Bukanlah seorang pencinta yang setia

Kau
Cemari Persahabatan in
Dengan keegoan yang membelenggu diri
Kerana kau
(.......tiada idea......)

Kau
Cemari Persahabatan in
Dengan setitik rasa benci
Kerana kau selalu mengharapkan yang terbaik
Sedangkan kau gagal memberikannya

Telah kau cemari persahabatan ini
Disebalik kesempurnaan wajahmu itu
Terselit seribu satu rahsia
Yang tidak melayakkan dirimu
Untuk bergelar sahabat sejati

Terlalu mudahnya diri mu
Mendustai sebuah janji
Yang telah kita lafazkan bersama
Namun, Ku sedar
Walau sehebat mana perjanjian kita
Takdir Tuhan tidak akan dapat menandingi
Kehebatan janji yang telah kita lafazkan bersama dulu

Kini barulah ku sedari
Pokok persahabatan yang kita semai selama ini
Dengan kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang
Tidak mampu lagi meneruskan hayatnya
Lantaran ribut petir, panas mentari
Yang selalu melanda

Kini,
Pepohonan itu hanya tinggal sejarah
Dan menjadi sebutan dan kenangan
Yang tak mungkin akan dilupakan buat selamanya

Tiada lagi kata indah
Tiada lagi madah mesra buatmu
Kerana kau
Bukan lagi milikku seperti yang dulu


~Terima kasih teman, kerana pernah mengizinkan diri ini singgah dan berteduh di segenap ruangan hati mu dan merasai nikmat kasih sayang seseorang yang bergelar "SAHABAT"~


**********************************************************

No comments:

Post a Comment