K.A.M.I
- Fadzli
- Macha
- Fara
- Nurul
Sempat la jugak kami memerhatikan gelagat riang k
Berbalik kepada topik asal kita, setelah leka melayan perasaan, mereka yang dinantikan pun tiba....aku sangkakan tiket telah dibeli, namun telahan ku sama sekali meleset...tiket blom dibeli daa....jam menunjukkan pukul 3.15 minit petang...hanya 15 minit saje lagi wayang akan bermula...adoiyai...tambah mendukacitakan, tiket untuk tayangan pukul 3.30 telah pun penuh...yang ada pun barisan depan sekali...aduh, bleh teleng kepala dibuatnya...setelah kata sepakat dicapai, kami pun membeli tiket untuk tayangan pada pukul 4.35 petang....ha???ada sejam lagi....ape nak buat ni...
"Jualan Gudang"....mata kami seolah tertumpu pada dua perkataan majis itu(majis sebab mampu menelan duit kita dalam sekelip mata)...tanpa menghirau kan mereka aku menarik Fara untuk meninjau jualan gudang yang berada di tingkat atas...ku rasakan tiada apa yang mampu memikat selera aku untuk berbelanja...memandang setiap barang dengan perasaan yang kosong....atau ada sesuatu yang bermain di fikiran aku pada waktu itu...ntah, aku pun xtau.
Ternyata, Macha dan Fadzli telah berjumpa sesuatu yang memikat hati mereka untuk berbelanja....Kemeja, seluar, minyak wangi...lelaki...itulah lelaki...mereka ni lau bab shopping, kalah perempuan sbenarnya....knp aku ckp mcm tu??lelaki lau bershopping, asal apa yang berkenan di mata, ambil, bayar...berbeza dgn perempuan, pusing dulu satu supermarket, tinjau sana, tinjau sini...silap2 tak dapat ape yang nak di beli....cerewet ke tu namanya??tak!bagi aku tu namanya teliti...
Habis tgk wayang tu, kami mula berfikir ke mana destinasi kami seterusnya....aku mencadangkan untuk lepak di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam...nasib tak menyebelahi kami, ianya tak dibuka pada waktu malam...Plan b harus di pk kan...akhirnya kami mendapat kata sepakat..kami pergi membasahkan tekak di PakLi Kopitiam, seksyen 7 Shah Alam.Terlalu asyik berborak, terlupa plak nak snap menu2 kitorg ptg tuh...yang pasti, aku minum jus kedondong, fara dgn jus epalnya, Fadzli pula memilih Honey Lemon Juice, dan Macha pula menikmati cendol....perh, masing2 x hengat kan....dahaga betul gamaknya tuh...aku ngan fara pula berkongsi sandwich, manakala Fadzli pula memilih roti bakar...wah, menu diet ke ape ni....Sembang punya sembang, tak sedar angin malam mula menyapa pipi kami...."mana nak g lepas ni"...tibe tibe soalan tu terpacul dari mulut salah seorang dari kami.....i- city!!!!itu jawapan yang terlintas....
"jom"!dengan spontan kami mengatur langkah ke i-city...betapa ramainya orang....baru aku teringat minggu ni da start cuti sekolah....ni masanya parents membawa anak-anak mereka berhibur di malam minggu...sama mcm kami jgk...tapi bezanya, kami membawa diri sendiri, bukan di bawa oleh ibu bapa kami....kami pun bersiar2 la di sekitar i-city...tiada haluan yang sbenar.....sekadar menuruti kemana kaki melangkah....banyak kenangan yang kami rakam kan melalui kamera digital milikku...kami begitu gembira malam itu...sedar tak sedar, jam pun telah menunjukkan pukul 11 malam...kami masih memikirkan untuk pergi berkaraoke....warhhhh...da pnt.....kami membatalkan hasrat untuk pergi karaoke kerana malam da semakin terlarut(ayat seorang mamat cina, bestfren aku time skolah dulu)...yee kek cheng...anda di mana sekarang...sy merindui senyuman manis anda...haa????teeettttttt.....last2 kami pon decide utk pulang ke umah masing2....Fara mengikut aku pulang kerana takot nak drive sorg g Banting...bahaya woo drive sorg2....da lewat malam lak tuh..ondaway nak balik tuh aku pun gatal tangan melayari satu blog yang aku follow secara senyap baru2 ni....blog ni milik seorang kenalanku...ntah mengapa tatkala aku membaca coretan di blog yang suram itu, hati aku bagai tersentuh. bagai ada sesuatu yang menyentap perasaan aku...aduh, knp aku mesti berperasaan sedemikian...lama aku bermonolog dgn diriku sendiri...hinggalah, sapaan mereka seolah mematikan lamunan aku....aku sedar, aku tidak seharusnya mematikan kegembiraan kami hanya dengan perkara sekecil itu....aku kembali ceria bagi menutupi kegundahan aku itu.....perjalanan pulang itu kurasakan terlalu suram...namun ku cuba sejauh mungkin membuang persoalan yang bermain2 di pikiran aku....keindahan lampu2 malam yang mengiringi perjalanan pulangku seakan tidak mampu menghapus gundah di hatiku....ah, usah di pikirkan semua itu...!apa yang penting, aku cukup happy seharian menghabiskan masa bersama teman2 ku, Fara, Macha, dan Fadzli..itu lah kenangan dan kegembiraan yang "k.a.m.i" telah coretkan pada hari itu...Terima kasih semua....kalian memg da best...next time kita lepax lagi yer....
Sekian saja catatan aku untuk kali ini....berjumpa kita di coretan yang akan datang
No comments:
Post a Comment