Thursday, October 17, 2013

K.A.M.I = Luncheon @Asam Pedas Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum.....

Selamat kembali bekerja....hari ni SEMALAM keadaan opis masih lagi lengang…masih berada di kampong, atau barangkali penat baru tiba dari kampong halaman.apepun diharapkan agar ibadah korban yang telah kita jalani untuk tahun ini mendapat pahala dan keberkatan nya. 

Ok, merujuk kepada tajuk di atas tu, tengahari tadi SEMALAM kami (saya, zura, kak ida, Puan Sueberlunch di Restoren Asam Pedas, Seksyen 7 Shah Alam….ala, sebaris dengan Mydin Mart…orang shah alam mesti tau kot kat mana kedai ni…kalau tak tahu, sila lah gugel ye u’ollz sekalian…Sampai2 je terus paking depan2 pintu masuk kedai…hei…kau ingat kau bawak mini cooper ke nak parking depan2 pintu kedai?tak kisahlah janji kawan2 saya senang, tk perlu jalan jejauh….(hehehe...baik tak saye...)

Ok, kat sini macam2 pilihan asam pedas yg ade…basic asam pedas, tapi uollz bolehla pilih nak ikan ape….kami oder set asam pedas ikan pari. Harga pulak rm9.00 je satu set…hei, berbaloi tau…kalau nak dibandingkan dengan kau orang nak beli ikan lah, blender cili lah…haii…untuk sorang makan, kira worth it la…kalau untuk makan ramai-ramai, jangan nak malas2…masak  je sendiri….ohohoho….kat sini pon ade jual asam pedas tu punya paste. Tak pasti pulak harga berapa sebab Saya pon encik DJ hot fm yg bgtau…muahahaha….but, ekceli boleh je kalau nak mkn ramai2 kat sini…hehe…tepuk dada tanya selera....kikiki

Kalau sape2 yang tak makan asam pedas tu, ada jugak choice lain…sup pun ade…sup ekor ade, sup kepak ayam ade…eh, mcm-mcm lagilah….harga pon Insyaallah, berpatutan..Siap penah masuk JJCM  lagi u’ollz…haruslah try mkn kat situ kan. Environment pon ok la…sambil tunggu order tu bolehla tgk2 tv jap ker…gadjeting ke(we did it)…borak2 ke…memang selesa la…siap ade kusyen yg kecik tu kan…agak2 da kenyang tu boleh terus BAMMM…hehehe…kau ingat kat rumah ker nak buat perangai tak sopan mcm tu…Ahakz!!! I gurau je u’ollz….

Overall, pada saya, ok la…tekak dan selera pon masing-masing kan…kalau sy cakap sedap gila, nanti ade yg ckp, ala, biasa je….kalau tak sedap kang, ade pulak yang cakap, woooh….sedap gilosh!!! So, kalau nak tau sedap ke tak, kena lah u’ollz g try eh….nanti bgtau saya sdap ke tak…kikiki….ok la, meh la kita layan gambar yang tak seberapa ni….


Siap ade peta lagi u'ollz

Pinjam picture kat Uncle Gugel
Restoren Asam Pedas
Menu Kami
Kawan saya tu pemalu orang nya ..ahakz!...nak tunjuk gambar air yang kami oder


Ok, setakat ni dululah yer...semoga bertemu lagi di coretan yang akan datang....anda semua dialu2kan untuk share mane2 tempat makan yang best....tq so much...jasa baik anda semua amatlah dikenang...


~Adios Amigos~



Wednesday, October 16, 2013

Warkah Buat Mila

‘’I will make sure that 1 fine day you will deadly in love with me” -Mila to Haris

Dear Mila,

Well, tahniah Mila…kau dah dapat ape yang kau nak....Semoga jodoh kalian berpanjangan.....


Yours sincerely,
Izzah.


  1. Izzah orang yang paling Haris sayang tapi Mila yang sentiasa dapat bersama Haris 
  2. Bukan Izzah yang rampas Haris daripada Mila, tapi Mila yang rampas Haris daripada Izah
  3. Mila nak semua ikot cakap dia sedangkan Haris hanya mendiamkan diri, tak mampu berbuat apa-apa sedangkan Izzah sentiasa memendam perasaan.
  4. Seorang isteri (Izzah) dibiarkan keseorangan, kesepian berteman kan seekor kucing sedangkan suami dia (Haris) sedang di dalam pelukan isteri barunya (Mila)
  5. Izzah seorang isteri yang mulia...dia yang bukakkan kasut Haris! Ade Mila buat mcm tu???takde kan?
  6. Haris sayang lan Izzah tapi kenapa dia tak fight untuk Izzah??kenapa dia seolah tak boleh buat ape2 bila dia ade di depan Mila?? kenapa!!!!

- Tak tahu kenapa hati ni sakit sangat bila tengok cerita Ombak Rindu...terbawak2 saya dibuatnya....nak katakan ade kaitan dengan diri sendiri, hmmmm...entahlah...ape yang penting walaupun da tengok cerita ni banyak kali, saya tetap berperasaan yang sama....memang MUNGKIN ade persamaan jalan cerita kat situ kot.....hanya saya yang tahu.


Sekian, Salam Aidil Adha buat semua.

As Salam.

Wednesday, October 9, 2013

What A Bad Day-TAKOT....!!!!!!!!!

macam ni la kot saya rasa skrg ni....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…..setelah sekian lama blog ni dibiarkan sepi ibarat takde penghuni…cuba mencatatkan sesuatu bagi mengelakkan blog ni terus sepi… meh sini nak story sikit…hari ni paking di SUK tersangatlah penuh…saya terpaksa mem”block” kereta orang lain…tinggal dah siap-siap no fon…takkan la suka2 hati block kereta orang tanpa tinggal no fon..ape yang tak best nye….pagi ni Cik Exora telah bergesel dengan Cik Kelisa Biru….huwaaa..dek kerana sikap kurang sabar, maka bercalar la Cik Exora….nanges saya tengok Cik Exora injured…tapi hati ni lebih TAKOT nak balik umah, nak bgtau ke abah yang Cik Exora injured…huhuhu…hopefully dapat kekuatan untuk bgtau Abah dan yang paling penting, hope Abah tak mengamuk…(padahal dah tahu abah PASTI mengamuk punye….SURE!!!) oklah, tu jer.hati dah melayang-layang ni mengenangkan Cik Exora…huhuhu…okbai!

Thursday, July 26, 2012

.:: Hatiku Milikmu ::.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...bertemu kita lagi setelah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini.....Oh ye, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam tak kiralah di pelosok dunia mana anda berada....semoga dapat kita jalani ibadah puasa pada tahun ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan....Insyaallah....

Ok, tak banyak yang saya nak kongsikan hari ni.....kalau anda nak tau, sekarang ni saya telah dilanda mood nak berjiwang-jiwangan....usahlah anda tanya kenapa sebab saya pun takde jawapan yang pasti tentang persoalan itu...btw, saya nak share dgn anda2 semua lirik lagu Hatiku Milikmu nyanyian Nera AF9...saya rasa tentu anda2 semua pernah dengar lagu ni kan....so, nampak la kejiwangan nya di situ kan...heheh....da, takmoh cakap tulis banyak2....kang batal plak puasa...ahakz!!...Jom, layanzzzz....

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan

ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan

ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta menggoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan

cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

 

Cukup setakat ini…semoga kita berjumpa lagi di kesempatan dan kelapangan yang lain……

~ADIOS~


Tuesday, May 8, 2012

Selamat Ulangtahun Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera....ape khabar anda semua??hopefully anda semua sihat dan ceria ceria selalu...
Entry kali ini saya tujukan buat seseorang yang sgt bermakna dalam hidup saya…..esok(9Mei 2012) beliau akan menyambut ulangtahun yang ke XX….doa saya semoga beliau mendapat kesihatan, keberkatan dan kesenangan hidup di dunua dan di akhirat…(macam la dia baca blog i yang tak semenggah ni kan…kwang3….)
Kek yang sgt menggoda ni saya dedikasi kan khas untuk dia (sila la maklum yang dia mungkin tak baca blog i…even tak tau pun wujudnya blog

ni…dush!dush!dush!)…saya pasti dan sangat pasti (poyo jer kan…) kalau dia baca blog ni, tentu dia fhm simbolik akan kek ni…..dia akan tau ape maksud 5 batang lilin tu, dan dia akan tau kenapa kek ni 2 tingkat…..bukan 3 tingkat, 4 tingkat atau 4 tingkat….(gile????tu kek kawen hokey???....dush!!!!!!)…..hehe….ape makne semua tu, biarlah saya dan dia je yang tau…hehe…..UNTUK KITE2  AJER….(peace!!!)

Akhir kata, doa saya semoga dia berbahagia selalu dan sentiasa berada di bawah lindungan Rabbul Izzati…Amin…..Last but not least, SELAMAT ULANG TAHUN, Sayang…..(bukan ayat bermanja2an hokey…???....sy cedok dari lagu Imran Ajmain je, k….!!!)hehehe

~ADIOS AMIGOS~