Friday, November 19, 2010

Yang Terindah

"....Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah...."

Thursday, November 4, 2010

Bisik Hati Ini

…..Tatkala aku hampir bisa melupakan semuanya, aku kembali di hambat resah…..tatkala itulah ada insan yang menghulurkan tangan ingin membantu ku untuk sampai ke sana....tidak tahu harus bagaimana…menolak pastinya akan terus lemas disitu….menyambutnya aku takut…!takut akan jurang yang menantiku di depan sana….Aku kembali merenung sepi langit mendung yang seolah mengerti apa yang bergelora di hatiku….bagaimana harus ku khabarkan semua itu….entah kapan akan ku jejakkan kaki ku kesana…entah kan tidak ia menjadi kenyataan…sesungguhnya kita tidak pernah tau apa yang akan kita jalani di masa hadapan….apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba apa yang termampu dan terbaik bagi menghadapi hari-hari yang bakal mendatang…..semoga kita mampu menepuhi semuanya….amin….

Wednesday, October 27, 2010

Semua Baru


Hai semua….setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali dengan banyak cerita yang aku tak tau dari mana aku nak mulakan…


1) Tempat Baru


-buat pengetahuan semua, awal bulan Ogos yang lepas, aku mendapat tawaran kontrek…yela, sebelum ni keje sambilan jer….alhamdulillah, lpas stahun, aku dapat jawatan kontrak kat Pejabat Penasihat Undang…huh, lari sungguh dengan bidang yang aku belajar kat UiTM dulu….mane taknya…dulu blaja kos Kulinari…tp aku bersyukur aku ada pekerjaan…rmi lgi graduan yang blum dpt pkerjaan kat luar sana tuh…lumrah kehidupan, kita tak dapat nak jangka apa yang bakal terjadi dalam hidup kita selagi kita tak menempuhinya…banyak benda baru yang aku blaja kat sini….skop dan rentak keje pon berbeza dgn tmpt lama dulu..smoga dapat aku tempuhi semua ni…


2) Kawan Baru


-maka, apabila telah menjejakkan kaki ke tempat baru, kwn2 aku pun baru lah….aku sangat bersyukur kerana dikurniakan 2 org sahabat yang bagi aku begitu baik…aku tak taula bg dorg aku ni baik ke tak…tapi bg aku dorg memg baik….aku sygkan persahabatan kami dan berharap akan berkekalan….buat Zura n Kak An, aku sayang korg berdua… aku tetap rindu dan ingat kat kwn2 aku kat tempat lama dulu….Rindu bangat sama kalian semua…..terlalu byk sgt suka duka yg aku dah lalui dgn dorg sume dan bagi aku tulah kenangan terindah dan berharga yang aku ada…ingin aku tegaskan disini bahawa SESUNGGUHNYA, PSM SENTIASA BERTAKHTA DI HATIKU…owh, gugur sudah air mataku!!!


3) Status Baru


-Ops!!mcm kontroversi je kan tajuk ni…jgn salah paham kay…..bukan aku yang berstatus baru…status baru ni merujuk kpd kazen aku, Fara yang selamat menjadi tunang org pada 10.10.10 yang lalu….aku nak ucapkan tahniah dan semoga bekekalan sampai kat jinjang pelamin…hm….x syiok sket ble sedara mara da stat tny, turn aku bile plak….haiyo, belum sampai seru la…heheh…2 je yg aku bleh jwb…ok, berbalik ke topic asal kita, wat pengetahuan korg, Fara ni boleh la jugak aku kategorikan sebagai pendengar aku yang setia….dia byk mendengar luahan dan keluhan aku… Fara, thanx eh ats kesudian ko selama ni…. Fara, ko tau x, kita begitu rindukan kenangan itu…ko paham apa maksud kita Fara …setiap kali kita balik lewat, lalu kat tmpt tu, kita teringat kenangan kita dan kwn2 yg lain tu….kdg2 sayu jer bila tgk tmpt tuh….sedih kot! Fara, tak tau la lpas ni bleh ulang balik tak…aduh, sedihnya….. Fara, kita tau ko msti rasa apa yang kita rasa, kan…huhuhu(mood nak sedih jer aku ni kan)…..




Setakat ni aku rasa cukup la dulu….kang takot banjir lak opis aku ni lau aku terus tulis….nti lau ada kelapangan aku akan tulis lagi…trima kasih kerana sudi meluangkan masa kat blog aku nih… jumpa lagi




"2 slices of toasted bread for some refreshment….aha, I like!or maybe, a slice of cake.....I don't think so…."

Thursday, July 22, 2010

Aku Tak Tahu...

Aku tak tahu kenapa, aku tak benci kat dia...aku pun tak pulak sayang kat dia....tapi kenapa dia....

Aku tak tahu kenapa...tapi aku dapat rasakan ada suatu perasaan lain yang hadir dlm ati aku ni walaupun da lame aku buang perasaan tu jauh2......kenapa mesti aku rasa mcm tu....

Aku tak tahu kenapa.....semakin aku nak melupakan dia, semakin aku ingat kat dia...kenapa mesti mcm ni......tp kenapa plak aku nak kene lupakan dia ekk??kompius!!!

Aku tak tahu kenapa, dia org pertama yg aku ingat tatkala aku terjaga dari tidur...aku juga tak tahu kenapa, dia orang yang muncul dalam lenaku.....kenapa aku mimpikan dia....kenapa mesti dia?

Aku tak tahu kenapa, kadangkala sifat dan sikapnya agak menjengkelkan, dan aku tak tau kenapa kadangkala aku rasakan sifat dan sikapnya begitu menyenangkan aku...

Aku tak tahu kenapa...aku tak tau nak tafsirkan ape yang aku rasa, aku tak tau nak cte cner...Aku tak tahu!!!!kenapa aku kene lalui semua ni....kenapa mesti mcm ni...sungguh, Aku Tak Tahu!!!


.: Kau Yang Tak Mengerti :.

Wednesday, July 21, 2010

Setia

deras hujan yang turun
mengingatkanku pada dirimu
aku masih disini untuk setia
selang waktu berganti
aku tak tahu engkau dimana
tapi aku mencuba untuk setia
sesaat malam datang
menjemput kesendirianku
dan bila pagi datang
kutahu kau tak disampingku
aku masih disini untuk setia