Monday, June 20, 2011

Projek Masak Memasak

Assalamualaikum semua.....ape kbr korg sume..?hope korg sume sht dan ceria2 gitew...ahakz!!....hm, da lame betul x udpate blog ni...maklumla kesibukan kerja meyebabkan xde masa nak update blog ni....ok, kali ni aku nak ajak korg sume cte bab masak memasak....kalau korg nak tahu, aku ni memg minat bebenor memasak...cume kengkadang tu, agak malas sket...hak2.....tp bile da stat, asik nak masak jer...ok, jom layan produk2 aku....











1) Projek Pertama: Puding Roti
-Puding roti ni aku wat atas request officer aku yang teringin(ceh, poyo je ayat aku kan) nak makan puding roti untuk buka puasa....lupa nak snap gmbr puding roti tu, so aku juz google je kat yahoo....d sebabkan ni percubaan pertama aku untuk wat puding roti, so, puding roti tu agak lembik sket...mak aku ckp maybe kurang tepung atau maybe tak letak tepung jagung....xpe2, lpas ni aku akan try buat lagi sampai aku berjaya...haha....oyeah...!!!




2) Projek Kedua: Kek Birthday Cik Nik (13 Jun 2011)
-Ok, projek kedua aku ni adalah sempena birthday Officer aku yang request puding roti sebelum ni....ekceli birthday Cik Nik pada 11 Jun 2011, tp dsbabkan 11 Jun tu hari sabtu,aku pun postone ke hari isnin...awal2 ingatkan takde sambutan dari opismate aku, tp bile lunch hour tu, upenye dorg pun support utk men"surprise"kan Officer aku tu.....harus r akan ktorg serbu officer ktorg tu time dia tgh tdo...hehe...dan dia pun agak terkejut gak la...hehe...sorry Cik Nik...Btw, happy birthday Cik Nik yang sempoi...ha, ni la gmbr birthday girl dgn kek yg aku wat....simple je kek tu sbb aku takde idea nak deco cner....npaknya kne blaja deco lagi pasni...huhu



2.1) Rombongan Cik Kiah ke bilik "target"



2.2) Birthday Girl bersama Bakal Wakil Rakyat...hahaha




2.3) Potong sudah


2.4) Licin beb!!




3) Projek Ketiga: Kek Sempena Fathers Day (17 Jun 2011)
-Utk projek ketiga ni, aku mendapat tempahan dari salah seorg opismate(a.k.a penyelia aku la mcm tu), Kak Jas...kek ni dia nak wat utk sambut Fathers Day bsama2 family dia...Sweet nye....apepun masih belum terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah di seluruh dunia.....yg ni choc moist kek, same mcm kek utk birthday Cik Nik hari tu....hope Kak Jas puas hati dgn hasil tangan aku...





4) Projek Keempat: Ketupat Nasi, Sambal Kacang, Ayam Masak Kicap

-Projek ni gabungan antara Mak, Abah, dan aku sendiri....aku juz tlg2 ape yg patut jer.....ape yang aku nak cte kat sini, jgn xtau, dalam masa sehari, aku da pndai buat ketupat bawang...sebelum ni hanya pndi wat ketupat sate jer....ni la hasil pembelajaranku....yg kale kuning dan agak lebam tu adalah cubaan pertama aku....org baru nak blaja kan, harusla nak lunyai daun ketupat tu....yang penting aku da pandai...heheh....bkn nak riak, ok...so, pagi ni aku jamu kwn2 kat opis mkn ketupat..hehehe...da mcm raye kan...soryla geng...bwk x byk...sape2 yg x dpt rase tu, insyaallah raya nti klu ade rezeki kita mkn lg ek...hehe...kla, malas nak cite panjang2....layan je la gmbr2 ni ek korg.....



4.1) Sarung ketupat yang telah siap dianyam oleh My Mom, Abah, Awie dan aku sendiri


4.2) Proses merebus...5 jam wooo....



4.3) Kuah Kacang yang da siap masak


4.4) Ayam goreng untuk ayam masak kicap




4.4) Ketupat yang siap direbus....teringat dulu kecik2 kat umah Nenek...nenek selalu gantung ketupat mcm ni kat dapur...huhu....rindunya


Okeh, sekian saje projek masak memasak aku....pasni klu ada projek best lagi, aku update ek...kepada yang terlibat dgn projek2 aku ni, maafla jika xsedap ke, atau ade yg kurg ek.....hope korg enjoy la dgn hasil tangan aku....See Ya!!!!



Thursday, December 16, 2010

Kongsi Ilmu

Hai semua....bertemu kembali di entry yang baru...sbenarnya, aku tak tau ape yg aku nak tulis...belek punya belek aku terbaca 1 artikel yg aku rasa agak menarik gak r....meh kita share same2 10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA.....


 

1. LELAKI YANG PRIHATIN -Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..


 

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
-Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


 

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


 

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!


 

5. LELAKI YANG WANGI -Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


 

6. LELAKI YANG PEMURAH -Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


 

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


 

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!


 

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..


 

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

Friday, November 19, 2010

Yang Terindah

"....Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah...."

Thursday, November 4, 2010

Bisik Hati Ini

…..Tatkala aku hampir bisa melupakan semuanya, aku kembali di hambat resah…..tatkala itulah ada insan yang menghulurkan tangan ingin membantu ku untuk sampai ke sana....tidak tahu harus bagaimana…menolak pastinya akan terus lemas disitu….menyambutnya aku takut…!takut akan jurang yang menantiku di depan sana….Aku kembali merenung sepi langit mendung yang seolah mengerti apa yang bergelora di hatiku….bagaimana harus ku khabarkan semua itu….entah kapan akan ku jejakkan kaki ku kesana…entah kan tidak ia menjadi kenyataan…sesungguhnya kita tidak pernah tau apa yang akan kita jalani di masa hadapan….apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba apa yang termampu dan terbaik bagi menghadapi hari-hari yang bakal mendatang…..semoga kita mampu menepuhi semuanya….amin….

Wednesday, October 27, 2010

Semua Baru


Hai semua….setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali dengan banyak cerita yang aku tak tau dari mana aku nak mulakan…


1) Tempat Baru


-buat pengetahuan semua, awal bulan Ogos yang lepas, aku mendapat tawaran kontrek…yela, sebelum ni keje sambilan jer….alhamdulillah, lpas stahun, aku dapat jawatan kontrak kat Pejabat Penasihat Undang…huh, lari sungguh dengan bidang yang aku belajar kat UiTM dulu….mane taknya…dulu blaja kos Kulinari…tp aku bersyukur aku ada pekerjaan…rmi lgi graduan yang blum dpt pkerjaan kat luar sana tuh…lumrah kehidupan, kita tak dapat nak jangka apa yang bakal terjadi dalam hidup kita selagi kita tak menempuhinya…banyak benda baru yang aku blaja kat sini….skop dan rentak keje pon berbeza dgn tmpt lama dulu..smoga dapat aku tempuhi semua ni…


2) Kawan Baru


-maka, apabila telah menjejakkan kaki ke tempat baru, kwn2 aku pun baru lah….aku sangat bersyukur kerana dikurniakan 2 org sahabat yang bagi aku begitu baik…aku tak taula bg dorg aku ni baik ke tak…tapi bg aku dorg memg baik….aku sygkan persahabatan kami dan berharap akan berkekalan….buat Zura n Kak An, aku sayang korg berdua… aku tetap rindu dan ingat kat kwn2 aku kat tempat lama dulu….Rindu bangat sama kalian semua…..terlalu byk sgt suka duka yg aku dah lalui dgn dorg sume dan bagi aku tulah kenangan terindah dan berharga yang aku ada…ingin aku tegaskan disini bahawa SESUNGGUHNYA, PSM SENTIASA BERTAKHTA DI HATIKU…owh, gugur sudah air mataku!!!


3) Status Baru


-Ops!!mcm kontroversi je kan tajuk ni…jgn salah paham kay…..bukan aku yang berstatus baru…status baru ni merujuk kpd kazen aku, Fara yang selamat menjadi tunang org pada 10.10.10 yang lalu….aku nak ucapkan tahniah dan semoga bekekalan sampai kat jinjang pelamin…hm….x syiok sket ble sedara mara da stat tny, turn aku bile plak….haiyo, belum sampai seru la…heheh…2 je yg aku bleh jwb…ok, berbalik ke topic asal kita, wat pengetahuan korg, Fara ni boleh la jugak aku kategorikan sebagai pendengar aku yang setia….dia byk mendengar luahan dan keluhan aku… Fara, thanx eh ats kesudian ko selama ni…. Fara, ko tau x, kita begitu rindukan kenangan itu…ko paham apa maksud kita Fara …setiap kali kita balik lewat, lalu kat tmpt tu, kita teringat kenangan kita dan kwn2 yg lain tu….kdg2 sayu jer bila tgk tmpt tuh….sedih kot! Fara, tak tau la lpas ni bleh ulang balik tak…aduh, sedihnya….. Fara, kita tau ko msti rasa apa yang kita rasa, kan…huhuhu(mood nak sedih jer aku ni kan)…..




Setakat ni aku rasa cukup la dulu….kang takot banjir lak opis aku ni lau aku terus tulis….nti lau ada kelapangan aku akan tulis lagi…trima kasih kerana sudi meluangkan masa kat blog aku nih… jumpa lagi




"2 slices of toasted bread for some refreshment….aha, I like!or maybe, a slice of cake.....I don't think so…."